How to run a company.
Memang saja nak mengundang.
Anyway, this is not a posting of an actual “how to’s”.
Sebabnya, aku bukan pernah run a company and the company become successful anyway.
Tapi aku pernah run a small business more than 10 years ago (freelance je sebenarnya), run another small business today (or at least starting and trying to run one) dan pernah run a rather successful team. “A rather” sebab dia ikut macamana dan siapa orang yang buat judgement tu. Mungkin ada setengah orang akan tengok dan persoalkan, betul ke berjaya? Dan ada sesetengah pula yang kata, betullah tu, memang berjaya pun.
Jadi, ini perspektif akulah kot. Aku rasa it was successful.
Tapi dalam masa sama, benchmark atau threshold aku untuk dicop “success” ni mungkin tak tinggi sangat. Tapi biarlah, aku yang tulis.
Aku mulakan dengan apa yang dikatakan sukses itu.
A successful team usually shows a mix of clear results, strong collaboration, and sustainable growth. Success isn’t just about hitting KPIs, it’s about building a team that keeps working even as challenges evolve. Want me to help assess—OPS, kantoi ChatGPT. Lepas tu dia senaraikan sampai lapan points. Cuma satu sahaja yang mentioned “revenue”, tapi itupun “revenue, growth or impact.” Yang lain-lain semua soal culture, communication, ownership dan sebagainya.
Tapi end goal yang summarize kesemua tujuh point tadi ialah: MORALE IS HIGH. Apa maksudnya? Maksudnya ialah team kau happy untuk kerja. Dan untuk mencapai hampir 100% kapasiti yang team kau happy untuk kerja dalam team tu, bukan benda yang senang. Ada banyak benda yang akan mainkan peranan penting. Kalau cuma satu sahaja dari benda-benda ni tak jalankan peranan masing-masing, well, everything will simply collapse. Dan peranan untuk benda-benda ni berjalan dengan baik, bagi aku bermula dari seorang – the leadership(s).
Aku pernah kerja dekat tempat yang kerja gila baby, tapi orang happy. Pernah juga kerja dekat tempat yang kerja relax, tapi orang tak happy. And based on dua sejarah pengalaman aku ni, yang menentukan segalanya ialah the leadership. Aku taknak pergi dalam sangat cerita kesemua lapan poin yang ChatGPT bagi sebab aku rasa itu baik tulis buku, bukan dekat sini.
Tapi leadership is key.
Kau sebagai lead, sets the tone. Setting the tone ni bagi aku bermula dengan culture. Culture ni bagi aku, jangan terus pasal kerja sahaja. Kau kena mula dengan culture in general yang eventually akan ripple effect dekat kerja. Selalunya benda yang simple dan orang tak fikir sangat. Benda-benda yang tak perlu kau tulis memo dan hantar pun.
Macamana culture yang bukan direct kerja ni? Aku mulakan dengan respect, not just among each other but in general towards a human being. Pernah sekali ada orang tulis komen dia nak jual barang, “kualiti baik macam [nama artis wanita].” Aku delete komen tu dan tegur. Respect ni adalah benda yang paling core-lah bagi aku. Tapi respect ni juga, bukannya sebab kau “bos” dekat atas, kau kena paksa orang ikut cara kau. Faham bahawa tugas kau as lead bukanlah sebab kau ada kuasa, juga adalah satu bentuk respect dekat team kau. Benda-benda macam ni, orang cepat nampak. Kau “ekkk” sikit je, terus kena cop salah guna kuasa. Kalau benda tu macam hard decision yang memang kau kena buat dan ada orang tak setuju, itu OK-lah, normal bagi aku. Tapi kalau sampai dah tahap orang menyampah, terlalu obvious ini penggunaaan kuasa, maka entahlah. Permudahkan benda yang dah memang mudah, jangan susahkan benda yang senang. Benda yang tak bawa apa-apa kesan, kau relax sudah, bukannya control semua benda. Contohnya, pakai baju seragam, seluar kasut, stokin, lantaklah kau nak pakai apa. Janji sopan dan kena dengan suasana.
Cukuplah dulu. Dah penat & mengantuk.
Esok hari kedua LIMA’2025 and so far, I’m not enjoying this at all.
Peace.