Sepanjang 10 tahun karier aku sebagai Chief Creative Officer, aku dah menggajikan hampir lebih 30 orang Creative yang datang dari pelbagai latar belakang. Daripada 30 yang berjaya masuk department Creative, proses yang aku kena hadap mungkin menghampiri 100 orang – aku pun tak pasti sebenarnya sebab aku tak kira. 100 mungkin overkill, jadi selamat untuk aku cakap di antara lingkungan angka 40 ke 60 orang sahaja. Bila aku kata “menggajikan” ni, bukanlah aku bayar dari poket aku sendiri, duitnya tu duit company. Tapi aku sendiri yang lalui proses interview dan sebagainya, dan diakhiri dengan samaada aku rasa, individu ni sesuai dan “fit in” ke tidak dengan culture Creative dan company secara umumnya.
Aku cuba untuk umumkan nasihat-nasihat aku ni. Sebab, masa aku jadi CCO dulu, aku ada acuan aku sendiri. Dan kebanyakkan yang aku ambil jadi Creative, adalah orang yang aku rasa boleh fit dengan team yang aku bina dulu. Cumanya, satu benda kau kena faham ialah portfolio BUKANLAH benda terutama yang aku tengok. Betul, masa aku review application, aku tengoklah portfolio untuk benchmark tahap skil semua invididu yang apply, tapi endgame dia, bukan portfolio semata-mata. Sebab ada je, orang yang join team aku ni dulu, portfolio yang dia hantar masa minta kerja, aku yakin ramai je Creative Director dekat luar sana takkan pandang pun.
Jadi ini tiga nasihat (yang aku umumkan) untuk orang yang nak masuk kerja bidang Creative.
SATU. Portfolio Penting, tapi Bukan Terpenting
Penting sebab dia akan letakkan kau dekat certain benchmark orang yang review application kau, akan interview dan akhirnya hire kau. Dan aku faham, ada ramai orang nak cari kerja sebagai designer (creative). Ada yang datang dengan natural talent dan ada yang takda talent langsung tapi minat mendalam. Jadi, kalau kau dalam kategori kedua (terutamanya), kau kena bawa portfolio kau berstrategi.
Pertama, jangan campak segala benda yang kau pernah buat. Pick and choose wisely. Pick the best ones. Dan pilih yang terbaik ni pun bukanlah semata-mata terbaik dari segi visualnya sahaja. Boleh jadi visualnya buruk, tapi kalau idea disebaliknya untuk kau adalah yang terbaik dan best gila, put that one first. Dan pastikan, idea yang kau ada tu, boleh sampai. Tak perlu berhujah panjang lebar, keep it simple, avoid using jargons. Dan katalah kau sejenis jack of all traits, semua dari digital, handrawn ke UI/UX ke audio visual, stop motion, animation kau layan, pilih top three (minimum) skill yang kau rasa kau nak develop and nak ada future dekat situ.
Tapi, let say kau macam aku. Taknak limitkan skill, nak jadi general creative-person yang nak fokus dekat idea creative dan boleh masuk dekat semua tempat, kena ada strategi macamana sebelum orang interview kau, dia tengok portfolio kau je, dia dah boleh faham apa yang jenis creative kau ni. Aku punya tips & trick, buat portfolio macam kau tengah present diri sendiri atas stage. Use speaking language dalam penulisa kau. Bila orang baca, dia boleh rasa kau tengah cakap dengan dia.
DUA. Stay Hungry, Stay Foolish
Orang yang memang dalam kelaparan ni, orang sekeliling kau boleh nampak dan rasa. At least untuk aku, aku dapat rasa benda tu bila aku go through interview process. Aku susah nak describe macama, tapi yang macam orang selalu kata, just be yourself. Tapi be yourself ni pun, kau kena berjaga-jaga juga. Kau ada circle of friends sendiri yang rapat, kan? Or maybe kau lebih rapat dengan famili sendiri (parents, siblings, cousin). Minta pendapat diorang kalau diorang tak pernah cakap apa-apa pasal kau as a character. Or maybe, kau sendiri pun tahu kau sebagai seorang manusia, macamana character kau sendiri. Especially yang di-cop atau kau sendiri rasa kau ada sedikit ego, sedikit cockyness, try to tone it down a little bit. Be 80% yourself and 20% apa yang orang expect dari kita.
Because, dalam process interview ni, selalunya the character is what make or break the process. Tapi, kalau terlebih-lebih jadi macamana orang expect dari kita pun, tak boleh juga sebab people can detect fakery. Especially kalau orang yang dah experience bertahun-tahun interview orang, dia senang detect. Sebab tu aku kata 20% jadi bukan diri sendiri.
TIGA. Be Beyond Who You Are
Kebanyakkan orang mungkin tak agree dengan aku, tapi tak apalah.
Yang ni mungkin bersangkut paut dengan nombor satu tadi sikit, sebab itu cara paling senang macamana nak tunjuk nasihat nombor tiga ni. Aku faham kalau orang kata, kau jangan tunjuk kau boleh buat semua benda, nanti orang take advantage. In the real world, this is almost 100% true sebab memang takkan tak terjadi orang start take advantage. Even kalau benda tu takdalah taking advantage sangat pun sebenarnya, tapi kau boleh rasa macam tu or orang sebelah kau boleh rasa orang tengah take advantage dengan kau. Tapi aku tak live in the real world. Aku dalam dunia aku, optimistic world (is this the right word?).
Itulah maksud aku dengan nasihat ketiga ni. Kalau kau dari background Graphic Design, try going out. Cuba benda baru. Tapi aku taklah maksudkan pergi cuba UI/UX je, sebab industri ni tengah up and in demand, so semua orang nak kejar.
Sebenarnya as a creative person, tak salah untuk kau cuba benda baru. Tak pernah buat video, cuba belajar video. Stuff like that. Sebab aku percaya kepada konsep bahawa a creative person is creative in nature. Apa-apa benda yang creative dan cantik, akan ada daya tarikan. Kau akan minat dekat untuk tahu lebih pasal benda tu. Walaupun mungkin kau takkan ada 100% knowledge pasal benda tu, it’s not a waste to learn about it and maybe eventually try doing it once. Dan dia bukan just nak naikkan skill kau dan market kau sahaja, the biggest positive about this is that, dia akan buka mata kau lagi luas dan kalau kau pandai navigate, kau boleh guna benda baru tu dalam skill sedia ada kau. Basically generate new ideas, giving new perspective and what not.
Aku rasa this is the biggest fallacy dalam dunia ni. Graphic designer ke, motion ke, video or photog ke, we are not technical person per se. Kita sebenarnya spesis idea. It is not just about the end product. It is about the idea behind it.
Kau boleh jadi the best illustrator in the world, tapi macamana nak grow instead of just buat lukisan cantik je? Probably dengan idea storytelling, kau boleh kembangkan skill tu dengan produce graphic novel.
Contoh aku boleh bagi paling senang, Casey Neistat. Sejujurnya, kalau tengok hasil kerja video dia, in terms of cinematography, takdalah power mana (yes, dia ada style dia) but for the sake of comparing, biasa je, raw gila segala footage. Tapi kenapa orang tunggu video-video dia every week zaman dia buat daily vlog dulu? Storytelling dia, idea cara dia sampaikan cerita dia. Simple but powerful.
Oklah, cukup dulu tiga. Mengakhiri khutbah design-creative aku harini dengan begini:
TO THE HIRING TEAM, GET YOUR CREATIVE HEAD INVOLVE IN THE EARLY STAGE!
Tempat kerja yang memang secara naturenya ada bisnes creative, aku rasa tak ada masalah sangat kot. There are some other challenges, but that’s a sermon for another day. But for the less naturally creative, get your creative head (kalau takda head, your most creative people) to be involve in the hiring process from the earlier stage!
Kenapa? For one reason only, only a creative understood creative.
Aku tak tahulah dengan orang lain, tapi untuk aku, bila aku interview orang, aku boleh rasa there’s some sense of a similar wavelength. Ini telahpun dibuktikan dengan sejarah orang-orang yang aku suggest untuk hire dulu. For some reason, orang yang aku betul-betul rasa positif, proven to be a healthy individual throughout dan orang-orang yang aku ada sedikit keraguan tapi di-hire juga sebab bukan fully decision aku, most, turns out to be unhealthy in the end. Tapi ini bukan aku menuding jari, aku took the same responsibility of acknowledging it’s also my fault. But the point is, only a creative understand a creative.
Kadang-kadang orang tu nampak macam tak confident, ayat berterabur, hiring manager dah rasa tak boleh go dia ni, but somehow the creative people understood what he is about. Semudah itu je.
Jadinya, get your creative people involve. Diorang punya input may not be right all the time, tapi aku yakin perspektif yang diorang akan bawa, might be totally different.
OKlah, habis. Peace.