Hidayat Jamalolail

What if tomorrow⏤I die?

Aku dah mula tulis buku dengan tajuk ni. bawah ni is the almost full first chapter yang aku dah siap tulis. Tak sure lagi draf ni akan jadi chapter ke berapa, tentatively, it’s the first one. Let me know what you think.

Satu benda yang aku macam tak berapa nak faham kewujudan dia ialah masa. Bukan tak faham kenapa dia wujud—tapi tak faham bagaimana dia wujud. Kalau ada perkara dalam dunia ni yang kewujudan dia simple, kau terus tahu kenapa dia wujud, apa tujuan hidup dia dan apa kesan kewujudan dia dekat benda-benda sekeliling dia. Tapi kalau masa ni, dia macam kompleks. Tahap kompleks dia tu—kalau antara orang-orang yang berbeza, contohnya, masa ni dah sememangnya lain antara setiap individu, tapi sebabkan dia kompleks, masa dengan seorang individu pun dia boleh jadi berbeza keberadaannya. Faham tak maksud aku? Kompleks gila nak mati.

Ada satu masa hari tu, aku duduk seorang diri dekat ruang tamu rumah, dah lewat tengah malam. Televisyen dipasang, tapi yang sepatutnya aku tengok TV, ini TV yang tengok aku. Sebab otak aku tiba-tiba melayang entah ke mana, hadir satu fikiran rambang ni—budak yang sekarang umur dia 25 tahun, lahir tahun 2001. Beza umur dia dengan aku 12 tahun. Waktu dia lahir (katalah bulan sama), aku Tingkatan 1. Dua belas tahun lepas, tahun 2014, aku dah siap tulis buku Cerita Budak Design dan tengah cari penerbit yang nak terbitkan dan budak yang lahir tahun 2001 tadi baru masuk Tingkatan 1. Ini kalau perbandingan ke belakang. Kalau aku pergi ke depan pula, 12 tahun senior aku, umur dia 49 tahun—itu saja yang aku ada.

Aku mula masuk dunia kerja 16 tahun lepas, sekitar tahun 2010. Tiga tahun pertama, aku terlibat dalam hampir sepuluh pementasan teater di Istana Budaya, sebelum pada tahun 2013, I called it quits dan buat keputusan untuk kerja dalam dunia politik. Tiga tahun tu, aku rasa macam dah panjang gila, sampaikan aku tulis buku dan terbitkan pada tahun 2015. Setahun kemudian, dunia politik yang aku masuk tadi, buat benda baru dan benda baru ni berjaya ubah dunia politik Malaysia sepenuhnya pada tahun 2018. Tahun-tahun berikutnya sehinggalah ke awal 2025 tahun lepas, aku kekal dekat tempat yang sama, cuma dah ubah arah jadi sebuah tech startup. Secara keseluruhannya, dari tahun aku masuk dunia politik sehinggalah ke tahun lepas, jumlah tahunnya dah lebih satu dekad. Tapi sedekad lebih tu tak terasa panjang langsung berbanding tiga tahun pertama tadi. Dan bila aku tengok dan bandingkan angka 2016 dan 2025, how in the world are these two numbers further away from each other compared to the other numbers of 2013 and 2016?

Apa kau merepek ni? Poin aku ialah masa yang bergerak untuk aku terasa macam pelik sikit. Kalau kau pernah tengok ada satu video Profesor Brian Cox pernah buat demonstrasi pasal masa—apa yang aku lalui dan cuba nak terangkan ni—takda kena-mengena pun dengan video Brian Cox tu. Cuma, aku guna dia sebagai contoh sebab aku nak tunjukkan konsep yang setiap orang lalu atau lihat masa dari sudut berbeza ni adalah konsep yang memang legit. Aku ambil tempoh masa dari 2016 sahaja, tak perlu jauh sangat. Dari 2016 hingga ke hari ini, 2026—dah 10 tahun berlalu. Tahun 2018, tahun perubahan besar yang berlaku dekat Malaysia sehingga ke tahun satu dunia kena COVID-19, dua tahun. COVID-19 habis atau sekurang-kurangnya dunia mula kembali normal 2021/2022. Dari tahun dunia kembali normal sehinggalah aku berhenti kerja dunia politik (kemudian pivot startup) adalah sekitar 2024/2025. Tahun lepas sehinggalah ke saat aku mula tulis buku ni, kurang lebih setahun setengah menghampiri dua tahun. On average, semua kejadian yang aku sebutkan dekat atas ni adalah lebih kurang dua tahun—jadi persoalan aku sekarang ialah, mana datang jarak dari tahun 2016 sehingga 2026 ni dah menjangkaui 10 tahun?

Hmm—apa kau merepek ni, syaitan? Macam aku kata—masa bergerak dan aku pandang dekat masa ni, pelik sikit. Dalam kepala aku, it doesn’t make sense, though in reality, kalau dikira-kira, matematiknya memang betul dah pun. Sebab tu aku sebut awal tadi, aku macam tak faham kewujudan masa ni. Macamana dia boleh logik walaupun logiknya dah memang terpaling logik pun. Tahun yang pendek (2013—2016) terasa terlampau panjang, tapi tahun yang panjang (2016—2024) terasa terlalu pendek. Dan kenapa aku boleh rasa macam tu adalah sebab, tahun yang panjang tapi terasa pendek tu, banyak benda aku tak ingat sangat apa yang jadi. Ibaratnya, bahagian tahun tu macam hilang dari memori aku, yang ada cuma puzzle pieces here and there. Entahlah, aku tak tahu kau dapat bayangkan tak atau faham apa yang aku cuba nak sampaikan ni. As much as aku cuba untuk abaikan apa yang aku terfikirkan ni, masalahnya susah untuk aku buat macam tu. Sebab memang aku rasa dan pandang dekat masa ni pelik sikit. Itu tahun yang dah dikira jauhlah jugakan (2016—2026), belum lagi aku ambil masa yang dari tahun lepas sahaja. Itu, walau baru 18 bulan yang lepas, aku dah rasa macam—weh, aku punya last day dekat INVOKE baru tahun lepas? Aku tak tahu kenapa dalam kepala aku jadi macam ni, aku takda jawapan yang boleh dikira tepat. Tapi, kalau aku buat hipotesis, aku rasa aku tahu kenapa—sebab dalam tahun yang pendek tapi terasa panjang tu, ada banyak benda yang berubah aku berlaku. Dan bila aku kata merubah ni, kau kena faham satu benda. Benda-benda yang merubah sesuatu benda, bahkan manusia, adalah perkara-perkara yang diberi tekanan yang tinggi. Tekanan, kalau dalam istilah manusiawi, adalah perkara-perkara yang tak semestinya, tapi kebiasaannya yang datang sekali dengan trauma—dalam apa jua bentuk.

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x