Nothing ever prepares you for whatever there is to come.
Sebab kita takkan pernah tahu, apa yang akan datang.
Umur panjang, kita akan sampai ke tempat lain. Umur kurang panjang, semoga segala amalan cukup dan diterima, terus tenang di “sana”.
For so long since aku dekat INVOKE, I’ve always thought that whatever happens, aku akan kekal dekat sana. Mungkin tak sampai umur retired, tapi retired in between even before sampai ke legally umur retired. That was the plan in my head. But no preparation can ever prepares you for anything. Lagi-lagi kalau benda tu benda yang memang tak terjangka.
Yalah, bila dah plan sesuatu dengan harapan mendapatkan sesuatu, kau akan tekun dekat situ dan cuba sedaya upaya untuk dapat. Kalau yang go extra mile sikit, mungkin dah terfikir siap-siap, macamana kalau benda ni tak jadi? Oklah, kita buat plan kalau plan asal tak jadi. Planning untuk plan kalau benda tak jadi. Tapi, benda ni dah jadi plan. Benda yang kau dan anticipate. What if, tiba-tiba memang datang benda yang kau tak anticipate langsung?
Here’s where things get extra in everything.
Jadi apa kau buat? Masuk mod survival. Whatever it is, aku kena survive. Tiba-tiba benda yang tak pernah kau buat, kau buat. Muka selama ni tak tebal, ditebalkan setebal-tebalnya, just to make sure, aku boleh survive. Ini contohlah, ada banyak benda lain juga sebenarnya.
Pendekkan cerita, aku berubah arah sekali lagi.

Dah dua minggu aku dekat Gading Marine. Diorang dekat sini buat bot. Bot diorang yang paling famous, Fast Interceptor Craft (FIC). Dah ada dua model, Mark 1 dan Mark 2. Banyak lagi design bot yang diorang ada. Tapi projek yang tengah jalan sekarang, model FIC ni. Tiba-tiba aku ada dekat sini.
It’s a totally new world. Dalam banyak segi.
Paling obvious, dunia ni dunia baru untuk aku. Aku tak pernah tahu apa-apa sangat tentang bot or kapal or anything that’s sea related. Tapi setakat ni, apa yang aku dah lalu, agak menarik. Sebab belajar benda baru satu, tapi satu lagi aku agak eager untuk bawa apa-apa skill yang aku ada dekat sini. So far it’s been great. Walaupun aku tak tahu banyak benda pasal dunia ni, tapi aku excited untuk bawa dunia aku dekat sini. Sure, nak bawa 100% mungkin impossible tapi aku rasa ada banyak aspek yang aku boleh elevate. And of course, nak capai benda ni bukan benda senang, memang akan banyak cabaran. Tapi aku dah ready.
Jadinya, buku baru terus.
Mana dia akan bawa, aku tak tahu. Tapi aku excited nak tengok where will thins bring. The past 15 years, jujur aku kata, mungkin aku dah agak selesa. Aku pun dah kurang gila macam dulu. A change of scene like this, might bring some good sebab aku dapat rasa kepala gila tu dah nak datang balik.
So, we’ll see.
Peace.