hdjklmnopqrst

HOW DO YOU DEFINE YOURSELF?

— as a Creative.

Soalan yang tak pernah orang tanya aku sepanjang 13 tahun career sebagai seorang yang bergelumang dalam dunia creative/design. Tapi soalan ni, banyak kali bermain dalam kepala aku since this year.

One word—chaos.

I’m so very disorganised as a creative and as a Team Leader compared to my other peers, but at the same time, it just works.

Mungkin juga sebab pegangan aku as a creative pun bermula dengan if it works, it works. Tapi sebelum nak tahu benda tu function ke tak, kenalah buat dulu. Belum cuba belum tahu. Hence kenapa aku rasa aku ni chaotic. For so long, cara aku kerja simple, dapat—buat—siap. The three steps rule, haha.

Is it a good thing? Maybe.

But is it not also bad? Probably.

Tapi itulah kemanisannya. As much as possible, aku cuba untuk kurangkan sembang kencang & jalan sahaja. First draft, first look, first concept & see how it goes. Iterate as we go along & at least, even if it’s not at 100%, getting a 34% is better than getting nothing at all.

Dan adapt.

Something yang aku tidaklah selamanya bagus dalam mengikut arus perubahan. Jalan senang aku dulu, tak suka, tak setuju, tak kena dengan jiwa kononnya, give up & berhenti sajalah. Dulu aku rasa bila cuba untuk adapt ikut suasana ni ibarat macam you are not staying true to yourself. Kau boleh berubah semata sebab nak survive.

Tapi tak semestinya.

Adapt ni lebih kepada kau give and take. Sebab at some point in life, aku sedar yang dalam hidup ni bukan pasal kau seorang je. Ramai orang lain kiri kanan atas bawah kau. Takkan nak kena pijak & langgar semua? Dah jadi Team Leader, kena handle 20 orang, lagilah membuka mata. Level orang berbeza. Tak semestinya bila kau rasa annoyed dengan orang sebab tak sama brainwave dengan kau, maksudnya kau je betul & orang lain salah. Boleh jadi, yang salah tu aku sebab annoyed dengan kau.

Oklah, sekian brain vomit di malam hari. Soalan define ni, akan jadi soalan baru untuk interview team member baru in the future.

Kalau kau terbaca ni, this is the kind of answer I’m expecting. Jadi creative, kena deep. Break the rules. Jangan jadi skema sebab skema tu bosan.

Peace.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x