Secara dasarnya, aku takda apa-apa masalah dengan AI. Almost on a daily basis, aku sendiri pun ada guna AI sama ada dalam hal-hal kerja profesional aku mahu pun benda-benda peribadi.
But lately, I’m seeing a huge amount of AI-generated which to some extend I’m starting to question the why of it.
Baguslah ikut peredaran semasa, guna segala tech yang ada. Tapi entahlah, there’s something missing. Ibarat macam ada a “huge hole” somewhere. Ahh OK, aku dah dapat ⏤ tak ada jiwa. Sebab AI-generated image apa semua ni, kau tahu dia AI. Lagi aku menyampah tengok, dia AI-kan certain individuals (celebrities, public figure and what not) sebab nak dapatkan certain “caught in action, act”, facial expression dan sebagainya. Masalahnya hasil AI tu, muka takda rupa lansung macam orang yang sepatutnya tu. Again, secara dasarnya aku takda isu nak guna AI, tapi kalau dah terlalu AI, bolehlah stop.
Dengan sekarang situasi politik Malaysia dah mula panas sebab bakal ada dua PRN yang bakal jadi tak lama lagi, aku sebenarnya agak menyampah bila nampak banyak parti-parti politik ni mula guna AI untuk content-content diorang. Well true, some might not be from the official party platforms, but if no one does anything, pretty sure when the official campaign period starts, official party platform pun guna je AI sebab senang, mudah dan cepat. Tak perlu hire profesional.
Semoga diorang ni melingkup.
Entahlah, macamana aku nak cakap ek.
Dia macam ni-lah, kalau benda simple macam nak create and hire a team of creative, designer and filmmaker pun susah nak buat. Macamana orang akan expect kau boleh nak buat bigger things for the people? Kalau cakap pasal dunia politik ni, betullah, ada banyak benda besar lain yang lagi penting, setakat creative content ni, kita sideline kejap takpa kot, jimat kos, guna apa yang ada ⏤ nope! Aku disagree. Kalau benda kecil pun boleh nak di-sideline-kan, bagi aku, kau tak serius nak buat benda. Kau cuma nak tangkap muat, asal ada cukuplah, penting lagi benda lain. Aku cakap ni takdalah aku nak kau buat gila-gila hire big agency bayar ratu ribu sampai juta, tak. Aku cuma minta dan mengharapkan yang kau boleh guna real people.
Maksud aku dengan real people ni, someone yang from that background dan ada jiwa. Dia designer, creative, filmmaker. Dan dalam kerja dia nanti dia nak guna AI, pandai-pandai dialah nak guna macamana. Instead of guna entah siapa yang cuma pandai guna AI untuk buat design, not the other way around.
Sembang jelah seorang diri kat sini.
Dulu aku buat baju “Undi Design Lawa”. Maybe sekarang aku boleh buat version baru: Undi Design Bukan AI.