Aku teringat cerita Vince Papale.
Specifically, cerita Papale dalam Invincible, lakonan Mark Wahlberg. Filem ni keluar tahun 2006 dan antara filem dalam kamus aku yang meremang dan agak beremosi. Samaada filem tu diceritakan 100% factually ke tidak, itu aku rasa kira normallah kot. Filem yang buat based on true story ni memang biasanya dah di-dramatizekan sikit nak kasi ada nilai komersial.
Anyway.
Aku nak highlight satu benda dalam filem tu: part yang mana, team Philadelphia Eagles tengah struggle dan baru dapat coach baru. Nak tambah burukkan keadaan, fan Eagles ni hardcore, kategori kipas susah mati punya fans dan zaman Papale ni, ekonomi tengah teruk. Orang-orang lokal ramai kena buang kerja. Tapi, satu benda yang buatkan life still worth living for: team (American) football diorang and the sport itself. Kiranya lepas dah penat seharian, football tu tempat diorang release stress. Malangnya, team diorang pun kelaut.
Tapi, coach baru buat kerja gila: buat open tryouts. Ini aku tak perlu nak cerita detail-lah sebab point aku bukan dekat storyline filem ni.
Semua benda serba tak kena. Life sucks & team pula tak membantu. Tapi, loyalty diorang dekat team diorang, tak berbelah bahagi.
Arsenal akhirnya menang Premier League lepas 22 tahun. Tak pendek masa 22 tahun tu. Aku, mula betul-betul follow Arsenal lebih kurang 2006. Masa tu aku dah habis sekolah dan parents aku baru pasang Astro. Sementara tunggu nak sambung belajar, semua game Arsenal aku tak miss. Itulah kali pertama juga aku tengok Final Champions League, zaman-zaman akhir penghabisan Henry dekat Arsenal. Kalah game tu, tapi aku stay loyal macam ramai fan-fan Arsenal yang lain.
Dua hari ni adalah hari yang agak beremosi sebenarnya. Adalah beberapa kali air mata bergenang juga. 22 tahun tunggu dan macam-macam benda yang jadi in between tu, fuuuhhh. Lain rasanya bila akhirnya menang liga ni. Bila tengok video-video fan Arsenal seluruh dunia, masing-masing ada cerita sendiri. Perghh, emotional!
Aku duduk, adalah fikir-fikir sikit.
Kenapa sokong Arsenal? Apa uniknya The Gunners ni?
Aku rasa, semua penyokong team bola lain mungkin akan ada bagi jawapan yang sama. Tapi perspektif berbeza. Aku tak tahu, ini assumption aku sebab aku tak pernah sokong team lain. Tapi untuk aku specifically, aku nampak “perubahan” ketara dekat Arsenal bila Mikel Arteta take over as Manager. Lepas tengok Arsenal, All for Nothing dekat Prime, satu benda yang aku nampak apa Arteta ni cuba nak create, define dan nak bawa dalam Arsenal ialah the culture and DNA. Banyaklah benda yang dia buat kalau aku nak cerita semua, panjang sangat nanti, tapi aku sentuh a few-lah yang bagi aku memang level lain. First, the (not so new) but new Arsenal anthem.
Dari lagu The Angel by Louis Dunford.
Aku first time dengar betul-betul original dari Louis, meremang satu badan. Dengar versi dia perform live orang nyanyi sama-sama, darah berderau. The whole song, simple je, tapi lirik dia detail habis. Brother ni bukan tulis lagu tapi dia tengah cerita realiti North London, dalam bentuk lagu. Bila masuk part chorus (yang dah jadi anthem Arsenal), masa tu lagu tu hits different. Entahlah, aku susah nak describe feeling tu macamana & kenapa. Tapi, berbeza. Satu-satunya time lain yang aku ingat pernah rasa feeling yang sama; exactly lapan tahun lepas, bulan yang sama bila for the first time in Malaysia’s history, kita berjaya tukar⏤well, kau tahulah kan; Mei lapan tahun lepas.
Dalam siri Prime tu juga, aku nampak yang Arteta ni banyak tekankan pasal culture. Ada satu episod yang dia minta team fotografer bagi pep-talk. Basically dia macam nak kata purpose & what matters are the fans and the club itself. Bukan pasal diri sendiri. Sebab everytime menang game dan menang liga, fans ni tak dapat apa-apa monetary value pun. Tapi bila menang ni, dia macam bagi harapan dekat umat manusia penyokong bahawa good things can still happen in life. Macam cerita Invincible aku sebut awal tadi. Papale tu bukan pro atlet pun. Coach baru tiba buat kerja gila open tryout, Papale try and dapat. Masa management discuss siapa nak pilih, coach lain semua disagree, head coach ni je berat nak juga ambil dia.
Dia cakap, “he’s got heart” ⏤ lebih kurang macam tulah mafhum.
Dan bila Papale start masuk padang, fans ni semua nampak diri diorang dalam Papale. Diorang rasa, they are fighting together.
Dan aku realize something juga.
Sebenarnya, segala apa jenis benda kerja yang kita buat dalam dunia ni, culture atau benda-benda kena berjiwa ni benda penting. Cuma kadang-kadang betullah, nak fokus dekat culture ni bukan benda yang senang. Sebab manusia banyak jenis ragam. Lepas tu kalau fokus culture, culture berjaya adopt tapi bisnes tak jalan, pun satu hal juga. Tapi terus buang culture adalah benda yang aku tak setuju.
Entahlah.
Brain dumps sempena Arsenal menang liga.