Hidup ni memang macam itulah kot.
Tak ada apa yang kau boleh buat, yang akan buatkan kau boleh 100% bersedia dekat semua kemungkinan. Sebab realitinya, selagi kau tak hadap semua benda yang ada dalam dunia ni, selagi itulah kau takkan tahu macamana nak prepare dekat benda yang kau sendiri pun tak tahu apa kejadian dia, betul tak?
Realitinya ialah sepanjang umur kitaran hidup kita semua ni, takkan mungkin kita dah akan rasa semua benda.
I guess in a way, the harsh way of life is also the beauty of it. Tapi nak nampak kecantikan ni memang susah. Dia punya level redha dan terima segalanya, faham yang ujian Allah bagi kau tu sebab Dia sayang kau tu, nak betul-betul rasa benda ni dalam jiwa, memang susah. Sebab aku, kau manusia biasa. Kita cubalah sedaya mana nak yakinkan diri bahawa semua ni ada hikmah, jauh dekat hujung telinga tu, mesti ada bisikan-bisikan yang menghasut kau.
Anyway, life goes on.
Aku dah buat benda aku buat ni almost 20 tahun dah.
The cycle is still the same.
A part of me kata, dahlah kot Dayat, time to rest.
Let the world burns, kahkah.