hdjklmnopqrst

First Look: Affinity

Dalam aku menghabiskan sebulan terakhir dekat Gading Marine, aku decide untuk buat reporting segala kerja yang aku dah buat sepanjang 9-10 bulan aku dekat sini.

Dan aku decide untuk guna Affinity by Canva.

That new kid in the block.

Setakat hari ni, aku banyak guna Layout daripada Vector dan Pixel. Bolehlah kot nak kata aku dah lepas level Novice dan agak laju boleh handle, tapi mungkin tak sepower guna InDesign lagi.

Jadi, ini tiga atau empat poin yang aku boleh bagi setakat ni:

PERTAMA

It is a powerful tools. Setakat yang aku dah guna Layout ni, segala function yang biasanya aku guna dekat InDesign, ada dekat Layout. Especially this one shortcut “W” yang dalam InDesign guna untuk show/hide segala outline dan cuma tunjuk the actual design preview. Cuma dekat Layout, function tu tak datang standard, kau kena adjust shortcut setting. Tapi, since benda tu boleh di-adjust untuk ada, bagi aku agak menarik dan memudahkan.

So far, I can really see myself transition fully to Affinity untuk menggantikan Adobe. Setakat yang aku dah korek dalam dua minggu ni, aku rasa Affinity ni memang powerful. Semua yang aku biasa guna dekat Adobe, benda tu ada.

Cuma, satu benda yang aku kena ingatkan ialah, I’m not a heavy design apps user. Bila aku kata not heavy ni, bukan sahaja bermaksud aku tak guna on daily basis (which is true at my position now) tapi juga in terms of the functions that these design apps have. Since aku guna Adobe dulu pun, aku tahu je yang Illustrator or InDesign or Photoshop ni memang power, berlambak function yang ada untuk buat certain kind of design, tapi aku bukan pengguna sampai tahap tu. I can safely and really say yang function aku guna is the most basic tools. Klik dua tiga kali & aku dah dapat aku nak; instead of kalau tengok tutorials yang available dekat Youtube, memang kena tekun tengok dan follow sebab steps dia macam gila teknikal.

Jadi, bila aku kata Affinity ni power & semua yang Adobe ada, Affinity pun ada; keep in mind I’m only using the basic stuff.

KEDUA

One of the difference yang aku nampak agak ketara berbanding Adobe ialah, Affinity is more customizeable. Tapi, this is not fully factual yet sebab satu-satunya benda yang aku guna untuk custom ialah that “W” shortcut. But, it sure does “feel” that way sebab bila aku tengok list nak setting shortcut ni, it’s endless. Macam banyak gila list shortcut yang aku boleh set-kan & most of it memang tak di-assign pun shortcut keys-nya. Cuma a certain few.

Aku tak tahu kalau dalam Adobe list-nya panjang ke tak, sebab aku tak pernah buat pun tukar or reassign shortcut ni.

But, in that sense, it already shows a difference between the two apps. Sebab dekat Adobe, most of the shortcut dah standard. Kau buka mana-mana tutorial, semua tutorial ni akan ajar these functions/tools ada shortcut yang sama.

But again, these are still premature sebab aku tak explore banyak and in detail lagi. Cuma, at first glance, after using it for almost two weeks, this is how it feels. Macam bawa keretalah, bila buat test-drive, kau akan terus rasa driving dia lain dengan kereta kau sekarang dan kadang-kadang kau akan rasa semacam aura lain. Macam tulah maksud aku. 

KETIGA

It’s similar but at the same time, it’s different.

Tapi bagi aku benda ni macam normal. Kalau kau pengguna Windows, Android dan tiba-tiba nak tukar ke Apple, memang kau akan rasa perbezaan dan technical difficulties tu walaupun secara dasarnya, both platforms still have the same functions and what not.

Contoh paling senang aku boleh bagi ialah bila aku nak clipping mask. Dekat Adobe, agak direct, select-right click dan cari clipping mask. Dekat Affinity, aku still tak nampak logiknya kenapa dia suruh buat macam tu. Awal-awal tu pening juga nak cari jalan, tapi lepas try-error, aku dapatlah jawapannya. Cuma, at my point of view, dia macam tak direct sangat. First kau kena make sure yang object kau nak guna as a clipping-mask kena fill with colours. Lepas tu dekat tab Layer, kau kena make sure yang dua layer (the object & the subject) is on top of each other. Even if kau dah select dua object tu (macam dekat Adobe) dan cuba untuk clip-mask, dia takkan jadi kalau dekat Layer, dua ni tak on top of each other. Dan kalau object tu pula kau tak fill with colours, just outline sahaja, maka dia akan clip-mask subject kau ikut warna outline itu sahaja. Kalau outline kau halus je, sekali pandang nampak macam subject kau dah hilang terus.

This is how I found it while using it. Mungkin aku tersilap langkah maka dia tak jadi. Mungkin apa aku cakap ni salah dan sebenarnya boleh sahaja guna cara dekat Adobe. But until I found that way of doing it, this is as of now is my truth.

Oklah, cukup dulu tiga.

Kalau baca tiga ni pun boleh juling mata juga kot sebab banyak tulisan. Jangan suruh aku lukis sebab banyak kerja nak buat macam tu, haha. Menulis bagi aku lagi senang.

Anyways, terms aku guna atas ni mostly terms aku sendiri. Mungkin Affinity ada standard terms dia. Tapi janji faham dahlah kot. Aku akan spent banyak masa lagi untuk explore in the coming weeks and we’ll see how it goes.

But so far, I’m hook!

I can definitely see myself using this fulltime in the future.

Cuma, macam aku cakap dalam previous post pasal Affinity nilah; aku punya dilema is the other creative apps macam XD, Premiere dan Acrobat. Kalau subscribe only these three, the cost is still higher compared to subscribing to a full version. Tapi kalau dah subscribe full, guna jelah Illustrator dan InDesign je kan? Buat apa nak susah-susah guna Affinity.

But of course, there are options for free version of that other apps too; so aku just kena explore sahaja.

Until then, peace!

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x