hdjklmnopqrst

I'm happy to announce that,

I’m starting a new chapter in my life.

Or more specifically, a new chapter in my career-life.

Alkisahnya begini, September yang lalu, aku nampak satu story dari following aku dekat Instagram. Rasa baru je lepas tengok dia punya post, tiba-tiba tengok ada direct message masuk. Ni kalau tak orang tag gambar, mungkin wife aku baru share something.

Bila aku buka, OK bukan sesiapa tag gambar dan bukan juga wife aku share some daily reminder dari mana-mana.

Rupanya dari following yang aku baru tengok story dia tadi.

Dia tanya, “kau minat ‘benda’ ni tak?”

“Biasa-biasa je, adalah ambil tapi takdalah hardcore.”

Lepas tu dia share direct poster story dia tu.

Masa aku mula-mula tengok sendiri, menarik jugalah sebab dia kata dia tengah nak cari Creative untuk join team dia. Yang grab attention aku sebab dia guna ayat “tengah cari orang yang creative gila to help us”. Lepas tu tengoklah juga some brief detail yang dia tulis sekali; salah satunya, kena minat benda yang dia nak jual tu. Sebab kalau tak minat, takda jiwa, kerja jadi tak best. Ahh, poin jiwa-jiwa memang aku tak bolehlahhhhhh. Tapi masa tu, aku takdalah macam excited atau eager terlebih-lebih nak apply sendiri. Sebab tengah busy dengan kerja, jadi takdalah nak fikir-fikir sangat.

Bukan apa, pernah je sebelum ni aku buat macam tu. Saja nak tengok market macamana. Ada vacancy Creative dan dalam detail terang-terang letak gaji berapa, jadi kau boleh agaklah, ok diorang nak level sekian-sekian sahaja. Sampai ke sudah takda berita apa-apa. 

Jadi macam kes member-following dekat Instagram ni, aku assume benda yang samalah masa nampak tu. Tapi nak dijadikan cerita, dia sendiri approach aku, jadi aku pun macam takkanlah nak reject terus. Buat-buat tanya soalan sikit, position fulltime ke macamana. Last aku pun cakaplah, aku OK je kalau ada opportunity. Dekat mana-mana industri pun tak kisah, new stuff, new challenges-lah gitu.

Sebelum tu backstory-lah sikit.

Malam lepas cuti Hari Malaysia bulan September yang lepas, aku dah mula stationed dekat Manjung, Perak sampai ke hari ni. Almost tiap-tiap minggu, aku gerak ulang-alik Cyber-Manjung. Dah dua kali yang aku straight dua minggu, stay over the weekend.

Jadi ceritanya, hari yang aku nampak story tu dan hari yang dia share direct dekat aku poster ‘mencari creative’ tu adalah weekend yang aku tengah ready nak gerak ke Manjung semula.

“Kau interested tak?”

“Boleh. Nanti aku hantar emel & go from there?”

To summarize it short, that’s our conversation.

Tapi itulah. Dengan aku nak kena ulang-alik Manjung drive tiga jam lebih apa bagai, hidup tengah rancak sikit, jadi benda ni slips out of my mind dan tak sempat nak fikir sangat pasal benda ni. Dipendekkan cerita yang memang pendek, dah tiga ke empat hari berlalu. Aku tak buat apa-apa. Subconsciously dalam kepala aku pun macam terdetik, mungkin bukan rezeki aku kot. Aku tak sempat nak buat, dia pun macam diam je, jadi aku assume mungkin dah dapat orang lain.

Tapi itulah, kerja Tuhan siapa yang tahu; brother tu mesej.

“Dayat, kau jadi lagi ke untuk ni?”

“Oh sorry, jadi-jadi. Aku traveling weekend ni, tak sempat nak buat. Malam ni aku hantar, boleh?”

“Alrite, boleh. Kau hantar je dulu.”

Aku memang tengah traveling weekend tu, nak gerak Manjung, kan. Dah sampai Manjung, memang terlupa teruslah, dengan penat drive-nya lagi, kena masuk yard, shoot video apa semua, by petang memang dah barai. Bila dah balik homestay, memang tak buat apa dah, terbaring dan lepak jelah. Lepas Maghrib keluar makan kejap dengan member-member se-office, serumah.

Tapi seharian lepas brother tu mesej aku second time, benda ni tak lari dari dalam kepala aku. Dalam kepala memang aku meratib je non-stop, balik ni kena buat, malam ni lepas dinner kena buat, kena hantar juga by hook or by crook! Sambil-sambil tu terfikir juga apa yang aku nak attach sekali dalam emel tu. Nak buat portfolio baru ke macamana? Tulis juga ayat emel dan Pitch Letter dalam kepala.

Sebabkan dah non-stop meratib dari siang, malam tu, balik dari dinner, sampai rumah terus buka laptop dan siapkan segala benda yang aku dah buat dalam kepala tadi.

Hari Rabu, hampir 1:00 pagi, aku pun hantar emel tu.

Dan hari aku dekat Manjung minggu tu diteruskan seperti biasa. Mulanya, aku dah plan nak sambung over the weekend sampai next week. Tiba-tiba lepas Jumaat, dua hari lepas aku emel, ada WhatsApp nombor tak kenal masuk. Katanya dia dari company yang aku baru hantar emel dan dia nak arrange untuk aku datang interview. Ada tiga date; Ahad lusa, mid next week atau end next week.

Sudaaaaaaaahhhhhh!

Aku ni memang ada problem sikit, lagi-lagi dekat benda yang bagi extreme excitement; dan kena panggil datang interview ni adalah benda yang memang aku excited; dan benda yang mendatangkan excitement ni, kalau boleh, lagi cepat, lagi bagus. Dapat pula dia bagi option date yang soon-ish, whenever-works dan no-rush.

“Boleh. Tapi untuk date ni, saya confirmkan by petang ni or esok boleh? Nak kena cek schedule kejap,” gebang!

Bukan schedule apa. Aku dah plan nak sambung duduk Manjung weekend tu sampai minggu depan, lepas tu baru balik Cyber. Elok dah plan nak extend stay, masuk pula mesej panggil interview. Benda yang meresahkan jiwa ni memang aku tak boleh nak letak tepi lama-lama. Lagi teruk gelisah kalau kena tunggu lama-lama.

“Salam Cik Hanis, Ahad ni ada lagi ke atau dah penuh?”

Yeap, aku interview hari Ahad dekat “office” diorang⎯

⎯dalam Cyberjaya! Pukul 10 pagi.

Dalam jadual, sehari ada 3 masa; sejam setiap satu.

Aku punya dok bersembang, nak dekat dua jam. Tapi, Alhamdulillah, aku rasa semuanya macam berjalan lancar.

Petang tu, aku dah on the way pergi Manjung.

Oklah, aku ringkaskan cerita. Minggu-minggu lepas interview.

Minggu 1; aku dekat Manjung.

Minggu 2; balik Cyber, escort orang Kuwait pergi Manjung.

Minggu 3; aku dekat Cyber taking a break.

Hujung minggu 3; member WhatsApp, “next week result kita bagi result. Positive outcome, inshaAllah,” katanya.

Mid-minggu 4; offer via WhatsApp, aku accept.

Minggu 5 (petang harini); Offer letter signed & post ini ditulis.

Mula kerja tempat baru; 1 Disember 2025.

Gaji lima angka (lepas increment nanti, haha).

Bila aku baca balik apa aku tulis ni, tak tahu nak describe macamana tapi dia macam ada rasa lain sikit. Sebab benda ni aku tak plan dan tak ada dalam perancangan kehidupan aku. Nak buat apa lepas INVOKE tu ada, tapi biasalah, tak semua benda aku plan akan jadi macam yang aku nak. Banyak faktor-faktor yang luar kawalan. But, it’s okay. That is just how life is and life is still great. Better even.

Tapi, apa yang jadi dekat atas ni, will be even better.

Aku memang betul eager nak start sebab aku rasa they are like-minded people. Ada rasa yang wavelength tu sama. And also it’s a totally whole new experience untuk aku. Industri yang semua orang akan ‘guna’ tapi at the same time, it comes with the harshest condition. Harshest ni maksud aku bukanlah kena tekan ke apa, tapi ada banyak elemen yang kena jaga. Kalau off-sikit, memang habis boleh tamat riwayat (bukan hilang nyawa). Harsh sebab dia daily basis. Harsh sebab dia industri yang quick-turnaround. Turun naik laju. Keluar masuk yang kau tak boleh afford untuk hilang fokus.

Aku dah ready nak jadi ‘gila’ balik.

So, 1 Disember 2025, aku masuk scene F&B.

Incoming Head of Creative & Marketing for Celsius Coffee. 

‘Office’ literally dekat sebelah rumah, Tamarind Sq.

Kalau bosan, boleh pergi Conezion, IOI City atau Shah Alam.

Stay tuned for more.

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x