OK, first of all, don’t get me wrong.
It’s a game changer for sure. Even if not by a lot, it definitely will put some people into a nervous breakdown mode. It’s changing things a bit, for sure. I mean, economically, designers will definitely save a lot.
For someone like me, here in Malaysia, a monthly Adobe subscription will hit me close to RM300 a month. That’s like having a RM5 meal for 60 times. Aku makan pula lebih kurang sekali je sehari, so boleh cover 2 bulan-ish.
Oklah, mana nak dapat RM5 sehari makan sekarang kan?
Anyway.
Adobe subscription tu untuk semua apps yang diorang offer. Banyak, lebih 30 ada kot? Tapi yang aku betul-betul pakai, yang aku letak dekat shortcut Desktop Dock aku ni cuma ada enam sahaja. Itu pun sekarang ni, aku takdalah guna on daily basis sangat. Kadang-kadang, sebulan dua tiga kali buka pun ada. Last few weeks, almost tiga minggu aku tak buka laptop. Kalau dah tak buka laptop, mananya nak buka Illustrator atau Premiere betul?
Jadi kesimpulannya, RM300 tu banyak!
Oh btw, kalau tak silap, dah almost lima bulan Adobe cuba nak bil dan auto deduct dari akaun aku, tapi tak lepas-lepas. Kahkah. Emel third, fourth warning entah yang ke berapa third or fourth warning dah aku dapat. Haha. Benda tak guna sangat, jadi buat apa aku letak duit dalam akaun yang Adobe auto deduct kan? Anyway, jangan ikut jalan aku.
So bila aku kata I’m not bothered ni, bukanlah makna kata aku takkan guna pun Affinity or takkan fikir pun nak beralih arah. Poin aku lebih kepada, not bothered in the sense that, kalau kau seorang creative, kenapa nak perbesarkan sangat benda yang kecil. Tools are merely platform untuk kau “create”. Kalau tools ni takda, carilah tools lain. Kalau ada tools baru, OKlah nanti aku nak try test tengok, sedap ke tak. Macam artist yang buat fizikal art, berus dah rosak, pakailah tangan ke, kaki ke, mulut ke, apa-apalah yang boleh gantikan berus, betul?
Itulah maksud aku sebenarnya.
It’s just a tool. Nak guna, guna. Taknak guna, sudah.
Habis situ.
Tapi satu benda aku akui, it will shift the landscape. Hambik kau, shift the landscape terus, haha. Bukan apa, benda free, powerful pula tu, of course akan mengubah dunia. Lagi-lagi ubah dunia Adobe yang selama ni monthly subs diorang makin lama makin naik, makin tak masuk akal harganya. Kalau betul nanti akan ramai designer bertukar, cancel subscription, confirm diorang nervous!
Itu satu part yang aku nampak.
Tapi untuk aku personally, aku tak nampak (as of now) yang anytime soon aku akan shift 100% terus. Sejujurnya, kerja aku as a Creative tidaklah hanya berlegar dekat dunia vector, rastor dan layout sahaja. Aku ada juga buat video dan kadang-kadang kerja UI. Dan setakat harini, aku masih lagi selesa dengan dunia InDesign dan XD (yeap, aku tak guna Figma). Kadang-kadang kalau aku betul malas nak guna design tools, aku buat pakai Apple Keynote je (untuk design deck, proposal dan sebagainya).
Tapi itu untuk sekaranglah. At this exact point of time. Masa yang mana aku tak banyak sangat habiskan dekat design and creative application. By December, bila aku dah start kerja baru nanti, mungkin mood aku akan berubah dah decide untuk shift completely, who knows.
Tapi aku excited-lah juga sikit sebab branding visual baru dia agak power bagi aku. Bila tengok tu, memang rasalah yang Affinity ni dibuat by designers for designers. Yang buat aku jadi lagi excited sebab aku baru tahu one of designer yang aku follow selama ni, was part of the design team; Made by James.
On that note, aku rasa Affinity dah menang.
Sebab dia memang involve-kan designer from the start. Well, bukanlah nak kata benda-benda lain selama ni takda designer involve, cuma kali ni, Afiinity memang tunjuk dan highlight kata, look guys, we did this. And it was made by the same people like you guys. Maknanya, dia kedepankan designer bukan just duduk belakang tabir je.
Itulah yang aku nampak.
Oklah, nak explore Affinity jap.
Till then, peace.