hdjklmnopqrst

Ingatkan benda ni normal.

Rupanya tak.

I’ve always thought that, cara aku buat sesuatu atau cara aku berfikir atau cara aku bekerja sebenarnya, adalah cara yang normal macam orang biasa lain buat. Kiranya, kalau aku boleh buat sekian-sekian perkara, maka aku expect orang lain pun sebenarnya boleh buat, sebab aku rasa benda tu macam standard. Tapi bila orang tak boleh cope, makanya, (keluarkanlah segala kritikan terhadap orang yang tak perform).

Tapi, lepas dah jumpa dengan Doktor Hazli; barulah dapat the bigger picture. It’s not normal. Lepas tu Doktor pun mulalah cop yang aku ni neurodivergent.

Dan sebab itu jugalah aku selalu penat.

Energy drain, mentally & physically exhausted.

Kalau dulu masa jadi Cip, by the end of the day, memang dah rasa lemau gila. Rasa macam, apa benda penat nak mampus ni? Tadi dekat office, takdalah fizikal sangat. Lalu, Doktor pun bagilah fakta.

“You absorb everything in your surroundings.”

“Perasan tak, you maybe diam je tak banyak cakap, tapi tiba-tiba segala cerita, gosip, or perangai orang ke apa benda, you perasan dan tahu.”

Macam betul.

“You ada tak, before anything, you akan imagine the scene beforehand? Contohnya macam datang sini, you akan make a dialog in your head, fikir nak cerita apa semua. Kalau I tanya macam ni, you akan jawap macam ni. Tapi jawapan tu pun maybe ada 2-3 version, version A, you imagine I akan response macam ni, version B, version C; then you rasa OKlah, version C the best to answer. Ada?”

Macam ada.

“What’s even extraordinary, it’s not a one-off thing. Almost on a daily basis and constantly. Nak reply WhatsApp, nak reply email, even nak order kopi dekat Zus pun, you akan rehearse. Dan kadang-kadang dia bukan “rehearse” je, dia sampai you imagine all the details, their response word by word, their facial expression, their response if you said something wrong, what if you said something wrong, what’s the best word to use; semua ni you imagine.”

Damn, Doc, it’s like you are reading my mind.

“Benda ni semua, memang mentally exhausting. Memang makan banyak tenaga. That’s why you are like that.”

“Lepas tu yang satu hal lagi ni, ada tak you bila onto something, you’d spent hours focusing sampai tak buat benda lain, sedar-sedar tengok jam dah 5 hours, 6 hours? Tak makan, tak pergi toilet? Kena habiskan dulu baru boleh break.”

Ada. Selalu. Especially bila dekat rumah, malam-malam lepas balik kerja. Buat passion project sendiri. Bila mula tengok jam pukul 8 malam, lepas tu bila dah cool down sikit, tengok balik jam dah pukul 2 pagi. Unless dah betul-betul penat, baru stop. Tapi selalunya, even dah stop pun, bila tengah baring tu, kepala ni mulalah keluar idea-idea lain pula, dia taknak stop. 

“See.”

Jadi Doktor, plan saya untuk pindah Port Dickson dan run away from the busyness of the city ni, OK ke? To calm my mind down.

“Go ahead. Kalau you ada peluang tu, why not. But at the same time, don’t drastically turn your life around. Make that like a weekend thing or something. You still need a steady paycheck. So use that to fund whatever it is that you want to do.”

OK, faham.

Jadi itulah dia. Macamana hidup aku berubah masa umur dah masuk fasa menuju late-30s ni. But one thing is that, I’m making more sense of myself. Dulu tak tahu kenapa rasa macam ni, rasa macam tu. Kenapa aku buat macam ni, orang tengok pelik. The reality is, I’m weird. I’m simply wired differently. Kepala aku ni sel-sel otak dia berhubung lain sikit dari orang biasa. Yang positifnya, kes aku ni agak mild dan tak extreme. On the outside, I may look normal and can function like a normal person. Tapi dekat dalam ni, dia lain sikit. Interpret things differently.

Ini bukan aku pandai-pandai kata. Dah jumpa Doktor and Doktor sendiri yang cakap. So, aku trustlah apa yang Doktor Hazli ni kata, sebab dia pakar.

Julai 2024, aku “dicop” neurodivergent, ADHD & mild-autism.

p/s: gila mahal kos nak jumpa Psychiatrist.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x