Jack of all traits, master of not one.
That’s how I would describe myself as a Creative Director. Kalau kau tanya aku, itulah aku rasa apa yang seorang CD sepatutnya ada. Dia boleh nak master satu-dua perkara, tapi the bigger umbrella of things ialah, seorang CD sepatutnya boleh function atau ada opinion atau dia tahu apa yang dia nak dalam semua cabang Creative yang ada.
Tak adalah semua, tapi in general⏤banyak perkara.
Aku bermula dengan Advertising Design. Dan perkara-perkara yang direct dengan Advertising ni ialah perkara macam Branding, Graphic Design, Digital (website) dan Audio-Visual. Waktu aku belajar dulu, ada subjek Environmental Design (spatial, booth) dan Sound Design.
Dalam banyak perkara yang aku belajar dulu, satu-satunya benda yang aku tak pernah buat lagi ialah benda yang berkait dengan Sound Design. Kalau setakat cari lagu, SFX atau rekod voice over untuk video tu biasa dan adalah buat sikit-sikit, tapi kalau macam buat lagu from scratch, itu je yang aku tak pernah buat. Benda-benda lain, secara kasarnya memang aku ada involve buat. Tapi the real question is, adakah benda yang aku involve tu, aku “professionally” buat atau sekadar a one off project. Itu sajalah bezanya.
Bagi aku, seorang Creative Director is an ideas person.
Dia tak perlu untuk jadi Master dekat semua cabang kreatif yang ada, tapi at least dia pernah involve walau sikit, faham how it works generally dan bila tiba masanya projek tu perlukan perkara tu, dia boleh get involve. Dia boleh ada idea.
Samalah macam dekat mana-mana tempat pun kot. CEO dekat startup, atau leader dalam mana-mana organisasi. Dia tak perlu faham benda yang dia tak involve sangat, tapi dia tahu apa yang dia nak. Sebab itu dah memang kerja dia as a leader, betul? Leader set the direction dan orang follow and try to execute. Kalau benda dah memang tak boleh buat, then pivot or go back to the drawing board. Cari jalan sampai jumpa. Begitulah.