Hidayat Jamalolail

Kenapa aku jadi Creative?

Sebab kepuasan dapat tengok apa yang aku bayangkan dalam kepala dan conteng-conteng dalam dunia digital jadi realiti. Benda tu adalah sesuatu yang aku tak boleh nak describe dengan kata-kata, sebab kau sendiri kena rasa. Tapi, untuk kau rasa pun, kena penuhi beberapa kriteria, sebab tak semua orang akan dapat rasa kepuasan yang aku maksudkan. Tak payahlah aku cerita panjang pasal kriteria tu, cukup aku letakkan satu sahaja dulu: kau ada some kind of appreciation towards beautiful things. But, instead of huge things, make it small. Make it, stuffs that you “see” on a daily basis, but did not really see them. Things that, move past you, unnoticed.

Jadi, kalau kau ada benda ni, kau mungkin boleh faham.

Reason aku tak bersandarkan dekat monetary value langsung. Sebab bagi aku, kalau terus letak dekat value macam tu, dia takkan habis. Soalan yang selalu orang lekatkan dekat value money ni; how much is enough? Jadi susah nak jawap. Bila dah set-kan untuk capai sesuatu, lepas tu kena naikkan lagi so that ada “growth”.

Jadi, aku keep it simple.

Dan seiring juga dengan kerja aku as a Creative.

Bergelumang dengan dunia Creative ni, adalah bergelumang dalam dunia idea. Almost 24/7 of the time (tolak tidur), kepala aku akan selalu pada mode fikirkan idea. Even kalau aku tak in total mode of fikir idea, idea akan still duduk dekat passenger seat. Tengah lepak dekat mamak, sambil makan, tiba terdengar quote orang meja sebelah tengah bersembang = datang idea. Jalan-jalan dekat musium, tengah KL, tengah bandar, pekan, balik kampung, nampak benda yang menarik perhatian = ahhh, idea.

Dunia idea ni simple je bagi aku; the end product of an idea is, having to see that idea get materialized. Idea datang, plan, design, shoot edit, FA-kan, lalu export, render atau hantar printer.

Bila benda dah siap, siap.

Jaranglah aku akan ambil masa lain lepas dah siap tu untuk adjust atau redo. Selalunya, kalau dah siap, dia akan siap dan folder projek tu akan di-archivekan. Kalau ada pun, mungkin di masa yang lain nanti, ada parts dari projek tu yang nak diguna balik, jadi aku ambil dan improve atau tukar sikit mana yang perlu.

Itulah sebab kenapa aku jadi Creative.

Aku suka buat benda dan benda tu wujud dekat dunia fizikal. Benda yang aku boleh pegang, angkat, tukar tempat dan rasa kewujudan dia. Feelingnya tu, berbeza dari buat benda digital. Contoh paling senanglah, kalau kau filmmaker yang selama ni buat shortfilem atau vlog dan post dekat platform sendiri je (Youtube, social media atau website) tiba-tiba ada orang offer nak tayangkan dekat panggung. Lain feeling dia tengok dekat panggung dengan tengok dekat skrin rumah. Walaupun orang yang dalam panggung tak fullhouse, feeling dia tetap berbeza.

Macam itulah untuk aku. 

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x