Happy New Year!
Nampaknya, banyak visual yang aku akan letak dekat sini lepas ni, adalah visual yang sama dari Celsius Coffee. Dah sebulan satu minggu aku mulakan “hidup” baru. So far, it’s been very good.
Dan tahun baru kali ni adalah yang kali pertama, aku sibuk dengan kerja. Tahun-tahun sebelum ni, aku akan habiskan cuti atau ambil UL terus dalam dua minggu untuk “rehat”. Tapi 2025 yang lepas, sebabkan aku baru sahaja mula kerja baru, takdalah nak bercuti rehat sangat. Lagipun, setahun 2025 ni aku rasa aku dah cukup banyak rehat dah juga. Jadi, ini recap ringkas 2025.
THE YEAR FELT VERY SHORT.
This is actually true.
Januari, bulan akhir aku dekat INVOKE.
Februari, aku mula kerja dekat Gading Marine.
November, bulan akhir dekat Gading Marine.
Disember, mula dekat Celsius Coffee.
Dan banyak masa dalam 2025 ni aku keluar travel untuk kerja. Tapi sebabkan kerjanya tidaklah berat mana, dia rasa lebih bercuti dari bekerja. Dari Kota Kinabalu, LIMA’25, Sandakan dan ulang-alik Manjung. Semua ni rasa macam cuti berehat lebih dari bekerja. Mungkin sebab tu, tahun ni rasa sekejap dan pendek. Sebab masa hanya dipenuhkan dengan benda-benda ringan.
Tapi, ringan-ringan pun, banyak jugak benda cela*a yang jadi. Benda yang sebenarnya tak boleh nak ditoleransi sangat dalam dunia bekerja ni. Kalau setakat sekali dua, sikit-sikit takpalah. Ini kalau dah selalu, dah hampir nak cukup haul masuk bulan seterusnya, benda tu tak boleh nak dimaafkan langsung.
Lepas tu, kalau bisnes tak maju, bolehlah faham. Ini tak, projek yang dapat total semua dah level beratus juta (bukan 1-2 angka dah), tiba-tiba bila benda yang paling basic company wajib kena buat, tersangkut, orang biasa yang tak faham ekonomi pun tak boleh nak brain. Nasib baik aku dah angkat kaki awal-awal, tapi at the same time, kesian jugalah member-member yang still ada dekat sana.
Ni bulan Disember 2025 pun dah keluar memo. Katanya sebelum 20 Januari akan cuba resolve-kan problem tu. Dah nak cukup sebulan depan. So nanti bulan Januari punya macamana?
Kesimpulannya, 2025 untuk aku agak berwarna-warni.
It’s a totally new experience untuk aku. Dari industri yang aku masuk, orang-orang yang aku jumpa, sampailah kerja yang aku buat, semuanya benda yang aku kira agak baru. Asasnya tu sama, kerja-kerja related Creative. Tapi, isinya tu berbeza sikit. But, it was still fun despite the hardships. Dia ajar aku jadi lagi matang.
2026 IS A HELL NEW BALL GAME.
Masuk F&B bro, lain macam.
Aku ada dua persepsilah bila sebut dunia F&B ni. Satu persepsi ni dari side yang tak pernah tahu apa-apa pun pasal dunia ni. Yang tahu, cuma pergi kedai, tengok menu dan order. Kalau ada benda yang tak kena, lambat, tak sedap, dah sejuk, tawar, terlebih masin dan sebagainya, kalau bab complaint memang pandai. Benda senang takkan tu pun susah sangat nak buat. Ewah ewah, cakap senang memang sedap. Kahkah.
Satu lagi persepsi ialah dari side yang bercampur beberapa benda. First, pengalaman sendiri bila masuk kitchen. Tapi, ni kitchen dekat rumah jelah. Samaada masak untuk diri sendiri or dua-tiga orang. Benda yang sebenarnya teramatlah susah dan berat nak buat. Unless memang tiba-tiba mood semangat nak try buat something. Tapi lepas dah habis buat tu pun, memang barai. Second, aku suka tengok realiti show memasak dekat platform macam Netflix. Chef’s Table antara top or show terawal yang aku layan. Lepas tu adalah juga beberapa show yang lain yang agak layan. Tengok memang best. Nampak senang dan sebagainya. Tapi bila kau tengok hasil, dengar komen juri dah sebagainya, kalau kau betul-betul “tengok”, kau akan nampak betapa kompleksnya benda tu. Kompleks ni satu jelah, bukan senang.
Dan sebulan aku dekat Celsius Coffee ni, aku nampaklah yang benda ni sebenarnya tak senang. A very demanding industry. Tak ada ruang sebenarnya untuk f**kup.
Tapi, aku dah hooketh.
Bukan sebab apa sangat, sebab benda baru. Sebelum masuk Celsius Coffee ni pun, benda baru juga. Cuma dekat sana, skill aku tak diperlukan sangat. Ada, adalah. Tak ada pun tak apa. Kalau try nak buat lain sikit, tak boleh. Aku nak pergi kiri tak boleh, nak gerak kanan sikit pun tak boleh. Kena stay in line. Jangan mengada nak keluar.
So, here’s to 2026.
Semoga inilah cahaya yang dinantikan.
Selamat tahun baru.