hdjklmnopqrst

Comfort Zone.

Benda, selagi tak jadi, kau takkan tahu.

Beberapa minggu lepas aku buat something yang luar dari kebiasaan aku. Walaupun dah hampir 20 tahun aku bekerja, kadang-kadang kegentaran luar biasa itu masih lagi datang.

Tapi kali ni, benda jadi lain dari biasa.

Aku tak fikir banyak, aku redah sahaja.

Ceritanya begini; dari 17 September 2025 yang lepas, malam lepas cuti Hari Malaysia, aku gerak ke sendiri ke Manjung buat pertama kali. Bukanlah pertama kali pergi, cuma pertama kali aku drive dan pergi seorang diri. Kisahnya, minggu sebelum Hari Malaysia tu, General Manager dekat yard Lumut minta aku involve buat video progress projek shipbuilding baru yang bakal start. Video timelapse progress from scratch.

Jadi, malam 16 September, lepas Maghrib, aku gerak.

First round, aku duduk Manjung straight 2 minggu. By the end of that second week aku balik Cyberjaya kejap on the weekend dah gerak balik Manjung hari Ahadnya.

Minggu ketiga aku dekat sana, bos aku, GM Commercial WhatsApp dan minta aku buat “kerja” lain. This is where the intention of this blog post began.

Gading Marine bakal terima kunjungan delegasi dari Kuwait. A shipbuilder based in the country is interested in a potential collaboration for future projects. Problemnya, takda orang nak entertain these people, especially nak bawa dorang dari KL pergi Manjung. Jadi, bos aku minta aku jadi escort orang Kuwait ni. And interestingly, aku agree tanpa fikir panjang. Kahkah.

But overall, it was an interesting and new experience.

Luar dari comfort zone.

Bawa orang jadi escort ni dah satu hal.

Bawa orang Arab yang cakap Arab dan second language English ni pun satu hal jugalah. Aku takdalah kata yang aku tak boleh berbahasa Inggeris, tapi untuk bahasa yang aku jarang guna on a daily basis, gemuruh tu masih ada.

Jadi, journey aku bermula dari Sabtu, 11 Oktober 2025.


11 Oktober 2025 – terpacak dekat KLIA since Maghrib.

12 Oktober 2025 – 12.00 PM dari Bukit Bintang gerak Manjung.

12 Oktober 2025 – 3.30PM Check-in hotel Damai Laut.

13 Oktober 2025 – Masuk yard first round.

14 Oktober 2025 – Masuk yard second round.


Dan lepas tu, things get haywired. Something really bad happened and aku rasa bukan tempat aku untuk cerita ni publicly. Tapi secara kasarnya, ini movement aku.


14 Oktober 2025 – 6.00PM otw Ipoh.

15 Oktorber 2025 – 1.00AM otw Manjung.

15 Oktober 2025 – 9.00AM otw Ipoh.

15 Oktober 2025 – 6.00PM otw Kuala Lumpur.

16 Oktober 2025 – Journey ends.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x