hdjklmnopqrst

Lebih kurang empat ke lima bulan lepas, aku ada buat projek kolaborasi dengan Butterflyhippo, Brand Agency based dekat Kota Warisan. Founder Butterflyhippo, Hadi Pahmi kawan lama yang aku kenal masa sama-sama kerja dekat Brotherhood Arts lebih kurang hampir 15 tahun lepas. Zaman tu, Hadi ni kuat buat video. Sekarang dia retire dah jadi Brand Strategist.

Anway, projek kolaborasi aku tu buat podcast-lah apa lagi, kan?

Benda memang gerak laju gila. Jumpa sembang-sembang sebab masa tu aku nak start kickoff Studio HDJ aku, jadi sajalah jumpa balik kawan-kawan lama. Borak-borak tiba timbul pasal nak buat podcast. Dua minggu kemudian, jumpa balik tapi kalini ada team dia dekat Butterflyhippo. Bincang ringkas apa dan macamana nak buat. Seminggu kemudian dah set masa untuk shoot first dua episod.

Kitorang cuma guna apa-apa barang yang dah ada, tak ada beli benda baru.

Shoot 4K guna dua iPhone dan satu Android. Microphone wireless dan boom yang Hadi ada.

Aku bawa lampu beli time COVID dan OSMO Action first edition.

Gambar atas tu setup kamera sebab phone holder tak cukup, siap guna getah nak ikat phone dekat tripod, kahkah.

Apa aku nak sampaikan ialah, bila kau ada idea, guna apa ada dalam tangan dan EXECUTE.

Jangan tunggu “dah cukup” apa-apa yang kau rasa tak cukup, baru nak start. Kalau macam ni mentalitinya, memang selamanya idea tu akan kekal terperam dalam storage idea sahaja. Benda ni dulu aku ada tulis dalam Cerita Budak Design 10 tahun lepas.

Sebab tu juga, aku position-kan diri aku more as a Creative Designer instead of Graphic Designer or apa-apa lain yang spesifik bunyinya. Kalau pendek, guna Creative sahaja sebab bagi aku, menjadi seorang Creative ialah meletakkan tagline “creative find its way” sebagai apa yang terduduk dekat driver’s seat. Itulah realitinya. Bila seorang creative berhadapan dengan halangan, dia akan cari cara untuk go through instead of bitching kata “halangan tu tinggi nak mampos, memang tak boleh buat apa”.

So, macamana? Nak ikut ke cara ni?

Peace.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x