
Oklah tajuk agak mengundang dan terasa berat tapi sebenarnya tulisan kali ni sangatlah ringan. Tajuk memang tak kena. Ceritanya macam ni—
Tempat kerja baru aku sekarang ni agak jauh dari rumah aku dekat Cyberjaya. Kalau kirakan jarak, takdalah jauh sangat beza dengan tempat kerja lama, lebih kurang 34KM. Jauh ni aku kira sebab option untuk travel pergi kerja agak limited. Inilah yang aku nak explain. Jadi dulu masa kerja dekat Sungai Besi, ada dua stesen MRT dalam Cyberjaya yang boleh pergi direct dalam 20 minit dah sampai. Kalau kira sekali drive dari rumah, jalan kaki sikit, adalah total dalam 30 ke 40 minit masa untuk travel tu.
Tempat kerja sekarang pun ada je public tapi. Haa tapi inilah dia yang buat dilema tu. Paling cepat aku boleh sampai maybe dalam 30 minit, straight dari rumah. Tapi paling cepat ni dia ada cons dia yang agak mencabar juga (untuk akulah), sebab aku kena drive.
“Alah kena drive je pun, drive jelah apa susahnya!”
Aku kena keluar rumah seawal enam pagi. Since Subuh sekarang agak lambat, jadi Subuhlah dekat mana-mana kalau aku pilih untuk drive pergi kerja hari tu. Memang kena seawal 6:00 pagi sebab kalau keluar 6:30 pagi, travel time dah naik jadi 45 ke 90 minit. Data aku ni tak accurate, but it sure does feels like, setiap minit masa berlalu, masa untuk travel time akan naik 5 minit. Bila keluar rumah 6:30 pagi katakan dan buka Waze atau Google Maps, memang dia akan tunjuk 45 minit warna merah, tapi dah drive 30 minit pun, masa travel tu masih kekal 40 minit-ish. Kalau hari dah terang, 7:00 pagi baru nak gerak, ambil emergency leave jelah jawapnya.
“Tadi kata ada public?”
Ya betul. Tapi cerita public ni panjang nak mampus (kot). Aku cubalah pendekkan.
Kau sabar jap.
Ok, aku mula dengan macam ni. Public paling dekat dengan rumah aku dalam Cyberjaya ialah MRT Putrajaya Line. Dalam Cyberjaya ada 2 stesen dan 1 stesen dekat Putrajaya. Keduanya public dekat office baru aku, area Ara Damansara ialah LRT Kelana Jaya Line. Nak direct dari Cyberjaya ke Ara Damansara memang tak ada. Naik public memang aku kena tukar stesen dekat mana-mana stesen yang ada pertukaran.
Jadi aku ada beberapa option sebenarnya untuk naik public ni.
PERTAMA. Drive + Public
Mulanya, aku kena drive dari rumah pergi ke stesen LRT Putra Heights ikut Highway ELITE. Exit highway ELITE dari rumah aku memang dekat je, literally sebelah rumah. Rumah aku dekat dengan Hospital Cyberjaya. Drive ambil masa lebih kurang 20 minit dan dari stesen LRT Putra Heights boleh terus direct ke LRT Ara Damansara dalam 30 minit. Cumanya kalau nak drive 20 minit ni, aku still kena keluar rumah pukul 6:00 pagi. Bukan sebab driving time sahaja tapi parking availability dekat Putra Heights nanti. Memang penuh dan sesak gila. Aku baru sedar benda ni waktu first time aku buat macam ni. Awal pagi sampai Putra Heights still gelap dan parking nampak kosong. Aku ingat macam, oh nice bolehlah guna route ni. Tapi petang bila dah balik, aku nak keluar parking susah sebab orang double park, jalan jadi sempit. Jadi, deduction aku ialah, kalau aku sampai Putra Height matahari dah naik, memang tak ada parking.
Dan macam yang aku sebut dekat atas tu tadi, kalau aku keluar rumah lepas 6:30 pagi, driving time ke Putra Heights dah naik ke 40 minit (estimate) dan tambah lagi parking confirm dah penuh, nak cari parking pun makan masa lagi dan arghhhhh banyaklah. Kahkah.
KEDUA. Public dari MRT Cyberjaya – PART 1
Yang ni bagi aku paling convenience sebab aku tak ada risiko kena hadap jem kalau lambat keluar rumah. Dari rumah ke MRT Cyberjaya lebih kurang 10 minit. Cuma, ya aku masih kena keluar awal sebab parking dekat MRT Cyberjaya Utara belum pukul 7:00 pagi pun lagi dah penuh. Tapi aku ada option parking dekat Skypark. Cuma parking dekat Skypark ni kena melintas jalan, lalu depan kereta, lori, van⎯aku jadi segan sebab aku ada problem self-esteem sebab rasa macam kena catwalk depan diorang. Kahkah, tiba! Cumanya, dilema aku paling terdilema ialah travel time dalam tren boleh cecah 90 minit ke 120 minit. Aku nak balik kampung pun lagi pendek masa.
Travel dalam train yang aku kena hadap cuma sekali tukar dari MRT Putrajaya Line tukar ke LRT Kelana Jaya Line. Tapi jumlah stesen kena lalu dua line ni dah hampir 40 stesen. 40 stesen ni dah macam nak balik Perlis pula gayanya. Yang best route ni ialah aku akan turun untuk tukar dekat Ampang Park. Jalan dari stesen MRT ke LRT, ada kedai-kedai container yang agak menarik. Setakat ni aku tak pernah stop lagi untuk beli apa-apa sebab kejar masa. Kau lambat sikit je, ahhh hadaplah tin sardin dalam tren nanti.
KETIGA. Public dari MRT Cyberjaya – Part 2
Yang ni bagi aku macam kelakar sikit sebab kena tukar line 2 kali (tiga line total). Tapi yang kelakarnya bukan tukar dua kali tu, kelakar dia sebab dari MRT Cyberjaya Utara turun dekat Sungai Besi. Dekat Sungai Besi tukar pergi LRT Sri Petaling dan turun dekat Putra Heights dan dekat Putra Heights tukar pula masuk LRT Kelana Jaya Line untuk turun dekat Ara Damansara. Yang kelakarnya bila kau tengok peta, aku naik atas dari Cyberjaya masuk Kuala Lumpur. Bila dah masuk Kuala Lumpur, aku turun balik ke Putra Heights dah hampir dengan Cyberjaya. Lepas tu aku naik balik pergi arah Shah Alam.
Turun-naik, turun-naik kerjanya. Ibarat macam perut kau buat hal main tarik tali kejap rasa nak membuang, kejap tak nak, tiba-tiba nak! Begitulah.
Begitulah dilema aku. Naik public jimat, ada MY50.
Parking dekat MRT pun flat RM4.50, Skypark RM4.00 (monthly pass RM75).
Cuma masa travel time memang kalah balik kampung. Ni versi balik time bukan Hari Rayalah.
Kalau fully drive pergi office, ada tol dan petrol. Aku tak ingat exactly berapa tapi tol sahaja pergi balik hampir RM10 sehari ada juga kot. Petrol, takyah cakaplah. Cuma kalau drive, ada peluang untuk sampai office bawah sejam atau sepantas 30 minit tapi—
Kalau hibrid 50-50 (macam option PERTAMA), kos tak berapa tinggi macam full drive, tapi kos masih juga kos. Ada tambahan dekat minyak dan tol dan sedikit trafik.
Tapi untuk kesemuanya, kalau aku tak nak ada apa-apa risiko tambahan macam masa bertambah, sesak dalam trafik, kena cari parking dan sebagainya—aku memang kena keluar jam 6:00 pagi. Yang ni memang takda kompromi.
Ah, lupa nak tambah satu benda. Walaupun naik dari MRT Cyberjaya travel time takkan jatuh bawah 60 minit, pro yang paling best ialah aku tak perlu hadap trafik langsung. Katalah habis kerja 5:30 petang, kalau aku fully drive dari Ara Damansara ke Cyberjaya, masa travel boleh makan sampai 120 ke 180 minit. Sama juga kalau drive balik dari Putra Heights, ada sedikit trafik untuk masuk highway ELITE. MRT Cyberjaya, terus direct balik rumah. Kereta mungkin ramai dan banyak trafik light, tapi masih bearable compare to drive dalam jem. Cumanya, aku masih kena hadap jem (sardin) dalam tren.
Aku tulis ni sebab benda ni baru untuk aku. Dah lebih 13 tahun aku tak hadap driving pergi kerja hari-hari dan kena stuck dalam trafik.
Lebih sedekad lepas, bila aku mula kerja dengan company terakhir aku sebelum yang sekarang ni, aku dah macam set dalam kepala untuk taknak lagi cari kerja yang jauh-jauh, kena hadap jem, KENA DRIVE dan seumpamanya sebab penat. Aku rasa masa yang spent dalam trafik adalah masa yang terbuang dan membazir. Dahlah kena fokus driving, tak boleh buat benda lain, sejam dua habis macam tu sahaja? Kerja gila! There’s so much more to life then getting stuck in traffic.
Bila start kerja baru dan tengok travel time tak boleh bawah sejam, adalah rasa nak mengamuk dan hilang akal, tu yang tulis dekat sini tu. Tapi bila fikir balik, sejam ke sejam setengah dalam tren adalah masa yang sangat banyak untuk buat benda lain sebenarnya. Aku tulis semua yang kau tengah baca ni dari aku masuk tren dekat stesen Ara Damansara tadi (4:10 petang), dah travel, jalan dekat Ampang Park sebab kena tukar line dan sekarang (at this point of your read), aku dah dalam MRT baru lepas stesen UPM (5:32 petang).
Jadi, dilema atau pengorbanan ni sebenarnya tak ada apalah sangat.
Bila dalam dilema, cuba pandang dari sisi berbeza.
Pengorbanan pula, benda tak boleh nak elak dalam hidup. Memang akan ada masa, dia akan datang tepuk bahu kau kirim salam minta kau buang sesuatu yang kau suka dan bagi ke dia. Tak boleh buat apa, that’s just how life is.
Jadi, hadap sajalah. Jalan terus.
Peace.
Wah, begitu rupanya. Tercari-cari juga cara untuk pergi ke LRT Ara Damansara (ada aktiviti di sana nanti 1 Jun) dari Cyberjaya. Faham daripada blog boleh turun Ampang Park untuk tukar dari MRT ke LRT. Terima kasih atas perkongsian!
Sama-sama! Ada lagi a few jalan lain, tapi semua ada pros & cons. Tapi kalau lepas peak hour, OK je semua.