
Ini tiga benda yang aku belajar dari sedekad yang lalu.
SATU. Kosongkan Gelas Yang dah Penuh
Ini adalah benda yang aku cuma realize dan sendiri hadap lebih kurang lapan tahun lepas, jadi, kalau nak dipraktikkan sekarang, adalah lebih memadai dan menjadi satu keperluan lebih-lebih lagi dalam dunia sekarang. Dah lumrah biasa (aku kira) bila jadi Creative ni kau dah terbiasa dengan cara-cara tertentu, bila ada “benda baru” yang cuba untuk masuk dan “buat kacau” dengan sistem yang kau ada, maka kau akan cepat melatah. Kata setengah orang, ini ego orang Creative.
Nasihat aku, buang jauh-jauhlah benda tu sebab dia tak bawa apa-apa faedah.
Lagi-lagi dalam dunia sekarang ni, dengan segala startup dan teknologi yang laju bergerak, kalau masih kekal dengan mentaliti taknak buat apa-apa perubahan, maka tak lama pun masa yang akan diambil untuk kau tertinggal jauh ke depan. Aku kira benda ni bukan sahaja dalam dunia Creative tapi dalam mana-mana industri pun. Ambil contoh tiap kali awal tahun sekarang ni, akan ada agensi atau organisasi yang akan buat ramalan, kerja-kerja yang akan jadi pupus dalam masa beberapa tahun akan datang. Bagi aku itu adalah “wake up call” terbaik untuk kau sedar bahawa kalau masih nak duduk di takuk yang lama, maka kau akan jadi dinosaur dan pupus.
Persoalannya bukan benda tu akan terjadi atau tidak, tapi bila?!
Pengalaman yang aku sendiri hadap tujuh tahun lepas ialah bila tempat aku kerja dulu nak buat pivot dalam nature of business mereka. Banyak perubahan yang waktu tu company nak buat, tapi spesifiknya untuk aku sebagai Creative ialah, company nak offer satu jenis bisnes yang masa pertama kali aku dengar, dalam kepala aku cuma fikir, THIS DEFINITELY WON’T WORK! Tapi aku letak tepi ego aku, dan cuba.
The disruption back then was, a Creative work and processes that is somewhat like a production line. Ya, bayangkan production line dekat kilang yang buat produk contohnya, dan nak diaplikasikan ke dalam kerja-kerja Creative. Production line masa awal-awal diwujudkan entah berapa tahun yang lalu, fungsinya cuma satu iaitu nak wujudkan produk konsumer yang banyak dan dalam masa yang sama boleh dihasilkan dalam tempoh yang singkat. Cuba bayangkan kerja video yang secara amnya ada tiga peringkat – Pre-production, Production dan Post-Production; tiba-tiba kena laju macam kilang. Kerja design poster, siap dalam 30 minit dan sewaktu dengannya.
For a while, it was a disaster but as the team get a hang of it, it gets better. The key is simple, put in place a workable system. Sistem yang ada basic stepnya tapi dalam masa yang sama, ada ruang untuk penambahbaikan. It did work. But just like any system in the world, a man-made product, nothing perfect is last forever. Akan ada masanya, the system will break. Sebab itu aku sebut tadi “workable” system. Workable ni maksud aku, berfungsi dari segala aspek. Kau dah foresee siap-siap masalah yang akan timbul. Tapi of course, planlah detail macamana pun, akan jadi juga masalah yang tak terfikir dek akal – macam masalah manusia.
But, that’s the beauty of a system. Kita create untuk solve masalah semasa tapi dalam masa yang sama kita create untuk jadikan sistem tu agile enough to be flexible for unforeseen circumstances.
Sebab tu, kosongkan gelas yang dah penuh. Even half-empty pun, kosongkan jelah. Isi baru.
DUA. Team Make the Dream Work
Ini adalah benda yang aku rasa dah ramai orang sebut, tapi aku sebut juga.
Betul sebenarnya, tempat kerja yang best bukan semata-mata benda material (gaji, bonus, benefit) atau benda-benda lain macam lokasi, kerja apa kau buat, kerja dengan individu tertentu dan sebagainya tapi lebih kepada siapa orang yang duduk sebelah kau.
Aku diberi peluang untuk berada dekat satu kedudukan yang salah satu tanggungjawap aku ialah untuk create a team. Pertamanya, aku tak rasa individu-individu yang aku bawa masuk, 100% selesa dengan aku sebagaimana diorang selesa sesama diorang. Tapi aku fahamlah juga sikit-sikit kenapa jadi macam tu. Tapi bila aku tengok sendiri macamana team aku function on a daily basis and in time of crisis, aku rasa cara team yang aku create dulu handle all of those situation (the bads mostly) is far better than others.
Dan mereka enjoy kerja, datang office walaupun kerja tak pernah habis.
Until someone or something came in and disrupt that harmony, kahkah – ini dah macam contra dengan point nombor satu tapi itu bukan highlightnya. Highlightnya ialah find a good team to work with.
Ini sama macam “find a good boss” – lepas tu semua orang keliru, macamana aku yang pekerja biasa ni nak cari bos pula? Sebab yang hire aku nanti bukan diri sendiri tapi future bos aku, so apa poin kau sebenarnya ni? Kahkah.
Aku pun takda jawapan yang konkrit untuk persoalan ni, tapi apa yang aku boleh katakan ialah seperti berikut:
KALAU KAU PEKERJA BIASA – antara cara terawal untuk “find a good boss” ialah dalam proses interview. Kalau bakal bos kau ada sekali (sepatutnya adalah) tanya dia banyak soalan. Lepas tu baca body language dia, cara dia bercakap, ekspresi muka. And somehow, a good boss will come to you with a good hunch or feeling. Ahh sudah nak kena jadi spy or mentalist ke apa ni boleh baca orang? Well, with a good practice and vast experience, selalunya hunch ni benda yang boleh dipercayai. Tapi kena be fair-lah. Bukannya bila terus ada small suss situation, kau terus redflag. Kena tengok semua in a bigger context, kena take take time to anylze all the data. Hahahaha!
Secondlya, mungkin dalam tempoh dari kau mula kerja sampailah habis probation.
Tempoh tiga ke enam bulan tu, sangat pendek untuk kau boleh “nampak” semua benda. Dan boleh jadi, bos-bos kau pun beragenda, dia akan buat-buat baiklah ke apa benda macam tu just so that kau akan rasa positif dan sekali habis probation, kau terus accept fulltime position yang ditawarkan. Boleh jadi. So, apa kau boleh buat ialah communicate dengan others. Collect as much data and analyze at a later time. Begitulah.
KALAU KAU ADA PELUANG JADI BOS – advice aku cuma satu. That position IS NOT ABOUT YOU AT ALL. It’s about the team, the business and the work that your team will deliver for you. Jadi kau kena fair. At the start of everything, imagine a team yang kau nak and work to create towards it. Imagining a team yang kau nak selalunya akan jadi bias sebab kau nak apa yang kau nak dan kadang-kadang apa yang kau nak tu boleh jadi terlalu over the top. Makanya, be fair. Tone down a bit. Kalau kau evaluate highly diri sendiri, tak payahlah perasan, kau mungkin tak hebat sangat pun sebenarnya, jadi tone down-lah saudara/saudari. Kalau kau rasa kau workaholic dan kau expect orang lain pun akan buat benda sama macam kau buat, STOP. It won’t happen sebab kau mungkin business owner, diorang tak. Walaupun kau dikatakan tak ambil gaji, tapi income kau boleh jadi lagi tinggi dari staf kau yang cuma dapat minimum wage, jadi tak fair untuk expect dorang pun kerja bagai nak gila macam kau. Unless, kau memang offer something extra dari gaji bulan-bulan.
So create a team yang kau nak. Keyword: TEAM. Bukan individu yang copy-ori version kau. Hampir mustahil untuk dapat. Mungkin ada, tapi seorang dalam billion mungkin. Mungkin. Jadi create a team yang boleh jadi satu macam kau (dua ketiga orang) dan expand dari situ.
TIGA. Tiada yang Kekal Selamanya & Benda Tak Akan Sama
Benda ni patut jadi normallah. Tapi bila dah sedekad duduk dalam suasana yang sama, kadang-kadang kau macam terasa macam suasana tu adalah template sama yang akan kekal selamanya dan sama dekat mana-mana; it is not.
Yang baru masuk dunia bekerja dan dah dapat tempat yang “best”. Know this, the world is not the same. Sebab biasanya orang-orang yang bina tempat yang kau masuk kerja pertama tu adalah orang-orang yang satu masa dulu mungkin pernah hadap neraka dunia tempat kerja dan decide that one day bila dia buat bisnes atau company sendiri, dia taknak jadikan company dia dicop sebagai neraka oleh staf-staf yang dia akan hire. Jadi apa dia buat, masa dia mula, create segala sistem apa semua, antara benda yang dia habiskan masa dia ialah create the culture of his/her company. Dan dia sukses. Dia berjaya buat dunia baru yang bukan neraka. Jadi syurga. Tapi untuk orang-orang baru yang dia hire bila dia nak expand, orang-orang ni akan nampak “neraka” lain. Neraka yang sebenarnya tak wujud pun tapi orang-orang ni rasa terpaling neraka, jadi dia expect kalau pergi tempat lain, benda-benda syurga yang ada dekat situ mungkin ada dekat tempat lain tapi bila dia pergi, ALAMAK, lagi teruk rupanya. So, keep in mind that the world is not the same. There are better ones, but again – be real.
Nothing last forever ni aku rasa tak perlu diperceritakan lagilah kot.
Zaman COVID dulu paling senang nak bagi contoh – tiba-tiba kena buang kerja walaupun selama ni rasa company tempat kerja tu terpaling stabil dalam dunia. Tapi bila datang tahi, everything stinks and gone!
As a professional, kau pun tahu yang jangka hayat profesional ni tak lama. Paling kurang pun 10 tahun, lepas tu dah tak laku sebab apa? Sebab dah ada freshgrad yang muncul dekat skillset yang lagi banyak DAN paling penting, MURAH. Of courselah lagi lama, lagi berpengalaman, jadi memang patutlah gaji banyak kan? ⎯ TAK! But of course, for a small percentile of people, they will climb the corporate ladder becoming the C-Suite and what not. But, it’s a super small percentile. The majority of the working class, entahlah tak tahu akan ke mana. But, in today’s world, there’s so much that one can do, so stay hungry, stay foolish. Kau akan dapat peluang baru, tapi kau kena ingat peluang baru tu mungkin takkan sama lagi dah macam yang kau pernah dapat dulu. But it can be better in some other aspect. Keep an open mind because who knows, what life will bring.
Jadinya, itulah sahaja coretan pagi buta (sekarang 1.13 pagi).
Of courselah apa aku tulis ni adalah 100% pengalaman aku sendiri. I was up there once. Although it’s a startup and aku takdalah buat benda gempak sangat pun, but it is something else and somewhat different than what people consider as normal. I lost all the power and money I once had but I gain something else in return. I’m happier in some ways.
Untuk dekad baru. Peace.