hdjklmnopqrst

It’s been a while since aku last consider diri sendiri as a photographer.

Betullah, as a Creative, fotografi ni antara benda yang ada dalam skillset aku. Cuma aku dah lama tak main kamera, main lens, guna setting manual dekat body dan set segala ISO, shutter, aperture, white balance apa semua set manually (ya ni aku nak bagitahu yang aku tahu pasal teknikal kamera je, kahkah).

Kalau tanya aku kamera apa yang sedap pakai sekarang, memang aku tak tahu.

Last dulu aku ada body dan lens masa zaman photographer Nikon VS Canon – waktu tu aku pakai body DSLR Nikon D300S + lens 50mm dan wide lens yang aku dah lupa model apa, tapi aku ingat harga dia masa tu dalam range RM3000-4000 macam tu.

Itu dululah. Zaman tengah semangat shoot photo, buat wedding, shoot event, rajin nak angkut satu beg besar khusus nak letak DSLR besar kepala budak & lens kemana-mana. Semata-mata nak tunjuk dekat orang yang kau fotografer, hahaha.

Then zaman pun berubah. Sony mula masuk scene dan kacau market.

Aku pun ‘announce’ retirement dalam scene foto. DSLR letak atas shelf, kumpul habuk, jadi perhiasan je.

Aku pun tak pernah terfikir nak buat comeback dalam scene ni. Cita-cita nak ada kamera baru tu adalah. Tapi bukan level-level profesional shoot every weekend ke apa. Saja bercita-cita nak ada kamera yang aku boleh angkut letak dalam beg designer/creative aku ni. Shoot street sikit ke, bila pergi travel, jalan-jalan dekat taman, benda-benda macam tu.

Last kamera aku beli 2015 dulu tak silap, Fujifilm X20 – kamera point and shoot. Masa tu baru habis satu projek teater. Ada duit lebih, sajalah nak try Fujifilm, masa tu pun Fujifilm tengah hype.

Then 2020-2021 macam tu, aku beli pula OSMO Action – DJI first action cam masa diorang nak masuk scene action cam lawan GoPro. Aku beli sebab masa tu aku start buat vlog. Mula-mula guna handphone je, lepas tu sajalah nak upgrade, nak beli mirrorless macam Sony ke apa bajet tak besar, malas nak ada lens-lens ke apa, so angkut action cam, senang sebab kecik tak makan space.

Ini almost enam ke lapan tahun lepas.

Ceritanya, memang aku tak main kamera sangat dah pun.

OSMO Action satu dengan iPhone dari 7, SE (first edition) dan sekarang 13.

Masuk 2025, tahun baru. Tempat kerja baru.

Tak cukup sebulan pun lagi, aku dah kena travel pergi Kota Kinabalu sebab ada event project handover.

Plan asal memang nak guna iPhone dengan OSMO Action dinosaur aku tu jelah.

Sampai hari event, 12 Mac 2025, team IT tempat aku kerja ni pass satu kamera Sony A7III. Almost sama size dengan Nikon D300S aku dulu. Diorang bawa extra kamera, yang lain-lain semua fokus video, takda orang nak ambil still, dapatlah dekat aku. It was fun. Body muscle masih ada. ISO, shutter speed & aperture masih sama. Diorang tak ubah, kahkah. Mode photographer masuk naturally.

Overall, it was good.

Event awal pagi, by the time masa dah masuk 10 pagi, semua dah settle. Balance of the day, aku banyak terfikir. The thoughts was all over the place but focusing on one specific theme. Life is definitely a cycle. The past eight years, kerja aku banyak manage orang. Basically a top-down tier. At one time, pernahlah juga terfikir yang probably this is life moving forward. Benda-benda yang purely creative (shoot, design etc) akan jadi ‘hobi’ yang aku buat dalam spare time aku. On a professional level, I will have people doing it. That was the thought. Siapa sangka, it’s a cycle – ibarat macam roda kejap kat atas, nanti turun bawah balik, something like that. Berpusing-pusing.

It definitely humbles you. Hidup macam nak cakap dekat kau, nothing stays forever.

Tapi macamana kita handle benda ni, will make or break you. Sebab ada orang, kalau dia selesa dekat ‘atas’ dan cakap dekat diri, aku nak stay dekat sini selamanya, bila tiba-tiba dia kena buat balik benda-benda yang dia buat masa awal-awal mula dulu, dia boleh jadi tak suka. Bila tak suka, dia akan jadi bitter. Bila jadi bitter, semua benda tak kena, orang keliling dia akan menyampah.

Kahkah, tipulah kalau aku kata, aku tak terfikir benda ni. Kalau tak terfikir, takkanlah aku boleh tulis perenggan atas ni kan. But, that’s the thing macam aku cakap, when life happens, you need to make sure that it humbles you. Kalau satu masa dulu kau pernah duduk dekat atas, tahulah bahawa atas yang kau duduk masa tu, mungkin tak sama bila kau pergi dekat tempat lain. Macam apa yang jadi dekat aku. Kedudukan atas yang aku pernah duduk dulu sebenarnya takdalah atas mana. Sebab dunia yang aku duduk masa tu, dunia dia sendiri. Kecil, tak besar mana. Bila aku keluar dari dunia tu dan masuk dunia baru, dunia ni sebenarnya besar. Tapi taklah aku kata apa yang aku dah pernah buat dulu, dia write off macam tu sahaja. Sebenarnya value tu ada je. Cuma kau kena tahu dan figure out macamana nak bawa masuk benda dari dunia lama kau dulu ke dunia baru. Nak bawa masuk terus semua, memang takkan jadi. Kena sikit-sikit dan ambil masa sebanyaknya. Step by step, something like that.

So itulah dia.

Life happens for a reason.

Make it humbling.

There’s always time.

Peace.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x